Selasa, 14 Oktober 2008
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki
solehah
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki
yang jahat.
. 42 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil (kalau dia bersolat)
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik
susunya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami
yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila
dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11 .Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.
13 .Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti menyapu lantai di baitullah.
14 .Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
suka
15 .Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18 .Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia
akan dikira sebagai mati syahid.
19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2
tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
syurga wajib baginya.
21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat
pahala7 tola perak.
23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala
80 tahun ibadat.
25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat,
tetapiAllah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Pandangan :
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran.
Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.
Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu didalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita dikopak dua, dipisahkan dengan kasarnya,ketika kita masih hidup. Lepas tu kapak-kapak akan kepala kita macam tembikai.Itu baru bab kepala.
Belum masuk tangan, kaki,badan,etc....Pernah tengok orang eksiden motor sampai kepala bersepai? Bayangkan kamu adalah orang itu. Dan kamu masih hidup semasa otak kamu tengah
mengalir masuk loji najis sungai langat / sungai muda..
moga kita semua dapat bermujahadah melawan hawa nafsu serta dapat
membentuk diri menjadi mukminah solehah... insyaAllah....
wassalam…….
Ahad, 5 Oktober 2008
Isnin, 29 September 2008
Rabu, 17 September 2008
TIPS UNTUK WANITA....
10 KATA DUSTA
LELAKI KATAKAN KPD WANITA
1. Saya akan menelefon awak.
2. Aku cinta padamu.
3. Hanya kau yang satu dalam hidupku.
4. Saya terpaksa melakukan kerja-kerja pejabat
sampai lewat malam.
5. Saya tidak pernah rasa begini dengan orang lain.
6. Saya tidak pernah merasa dilayani begini.
7. Awak memiliki mata yang paling cantik.
8. Tidak, saya belum belum kahwin lagi.
9. Maaf, saya tertinggal kad kredit dan dompet di
rumah.
10. Tidak ada apa-apa yang berlaku, percayalah
cakap saya.
So..teman2...berhati2lah kita..
Selasa, 26 Ogos 2008
sahabat-sahabat yang dikasihi, anda semua adalah muslimin dan muslimat yang dilahirkan dalam kemuliaan dan dilahirkan untuk kemuliaan bukan kerendahan dan kehinaan. Tetapi hari ini kita lihat realiti rata-rata umat Islam berada dalam kehinaan dan hidup tanpa kemuliaan. Kehinaan ini menurut mereka yang bijaksana berpunca dari dua sebab. Pertama, kehinaan disebabkan oleh kita dijajah dan dikongkong sehingga hidup dalam kelemahan dan kehinaan. Realiti ini tidaklah separah kehinaan yang disebabkan oleh sebab yang kedua, iaitu kehinaan yang berpunca dari kita yang menghina diri kita sendiri.
sahabat-sahabat yang dikasihi! Jangan sekali-kali anda menghina diri anda sedangkan Allah SWT telah menciptakan anda dalam kemuliaan. Capailah kemuliaan diri agar anda dapat membantu umat ini kembali menjadi umat yang mulia. Kita menghina diri kita apabila menjauhkan diri kita dari Allah SWT. Sesungguhnya satu-satu sumber kemuliaan adalah Allah SWT. Perhatikan saja firman Allah SWT di dalam Surah Fathir, ayat 10, maksudnya:
“Barangsiapa yang mengkehendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya…”
sahabat-sahabat yang dikasihi! Jangan sekali-kali anda menghina diri anda sedangkan Allah SWT telah menciptakan anda dalam kemuliaan. Capailah kemuliaan diri agar anda dapat membantu umat ini kembali menjadi umat yang mulia. Kita menghina diri kita apabila menjauhkan diri kita dari Allah SWT. Sesungguhnya satu-satu sumber kemuliaan adalah Allah SWT. Perhatikan saja firman Allah SWT di dalam Surah Fathir, ayat 10, maksudnya:
“Barangsiapa yang mengkehendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya…”
Langgan:
Catatan (Atom)